Popular Posts

Monday, January 25, 2010

VERY GOOEY CHOCOLATE CAKE

http://rozzan.blogspot.com


Bahan-Bahan:
250 g (8 oz) cokelat masakan ( patah2kan )
2 sudu bear susu segar
175 g (6 oz) mentega, yg telah dilembutkan (suhu bilik)
200 g (7 oz) gula muscovado/ gula TAIKOO atau gula perang (brown sugar)
175 g (6 oz) kacang hazel (dikisar/tumbuk)
2 sudu besar serbuk koko
40 g (1½ oz) tepung gandum
5 biji telur, (putih diasaingkan dari kuningnya)

Chocolate Coating
15 g ( 1½ oz) gula kaster/ halus
25 g (1 oz) mentega
150 g (5 oz) cokelat masakan

Cara:
1) Alaskan loyang bulat berukuran 20 cm (8”) dgn kertas tracing pada dasar dan kelililngnya lalu digriskan.

2) Cairkan cokelat masakan dan susu di dalam periuk/bekas kecil dgn kaedah “double-boil”. Ketepikan.

3) Sementara itu, satukan mentega, gula, kacang hazel, serbuk koko, tepung dan kuning telur di dalam sebuah mangkuk besin. Masukkan pula cokelat yg dah cair tadi lalu pukul sehingga licin dan sebati. Ketepikan.

4) Ambil satu lagi mangkuk besar yg bersih lalu pukul putih telur sehingga gebu dan pekat. Ambil suku bahagian drpd putih telur ini dan bubuh ke dalam adunan cokelat tadi dan gaul/kacau rata dgn senduk. Kemudian, masukkan kesemua lebihan putih telur tadi dan gaul lagi sehingga rata.

5) Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan dulu dgn suhu 180°C selama kira-kira 1 jam atau kek masak. Keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk di dalam loyang sebelum dialihkan ke atas pinggan hidang.

6) Buatlah chocolate coating. Panaskan gula, mentega dan 3 sudu besar air di dalam periuk kecil sehingga mentega cair dan gulanya larut (kaedah "double-boiling"). Angkat dari api, masukkan cokelat masakan dan biarkan sehingga cokelat cair lalu dikacau rata. Tuang ke atas kek dan simpan di tempat yg dingin.

Tip : Jgn terlebih bakar kek ini kerana ia akan menjadi kering. Lebih baik masa membakarnya kurang sedikit kalau anda kurang pasti.

No comments:

Post a Comment