Popular Posts

Thursday, July 25, 2013

Menu Raya- Laksa Johor

Salam...wah wahh.. lama btol tak jejak sini.. ni pun jejak sbb asben mintak buatkan laksa johor or Laksa nogori raya nanti.. so browse punya browse jumpa lah resepi ni- i amik kat sini


Bahan-bahan Untuk Laksa Johor:
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
Bahan-bahan yang perlu dikisar halus
15 ulas bawang merah
5 ulas bawah putih
3 inci lengkuas
Bahan-bahan yang perlu dikisar (A)
3 batang serai
300 gm udang kering
Bahan yang perlu dibakar dan dikisar (B)
150 gm ikan kurau kering
Bahan (C)
Kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa
Cara menyediakan:
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap
Untuk Ulam:
Taugeh
Daun kesom & daun selasih
Lobak asin
Sambal belacan
Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus
(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi
Next I amik sini. Yang ni nampak lebih details nak buat sbb dia tunjuk cara2 A-Z (mudahlah utk org yg baru nk belajar mcm i :)
Bahan utama  :
2kg ikan kembung / ikan kayu
Cara-cara menyediakan rebusan ikan  :
1.  Tapis ikan yang telah direbus.  Jangan buang air rebusan itu.  Masukkan ke dalam bekas berasingan.
2.  Asingkan isi dan tulang ikan yang telah direbus tadi ke dalam dua bekas yang berasingan.
3.  Kisar tulang ikan (dengan sedikit air) sehingga lumat.  Tapis hasil kisaran tulang ikan itu untuk mendapatkan jus kisaran tulang ikan.  Jus kisaran tulang ikan itu boleh dicampur dengan air rebusan ikan yang pertama tadi.  Ulang proses ini sehingga tulang menjadi putih
4.  Kisar isi ikan dan campurkan dengan air rebusan ikan + jus tulang ikan tadi.

Bahan kisar  :
4-5 cm  halia
3cm  lengkuas
15-20 tangkai cili kering
7-8 ulas  bawang merah ,
5-6 ulas  bawang putih
9-10 batang  Serai
3 kuntum bunga kantan
Daun kesum (diasingkan dari batang)

Bahan tumisan / rebusan :
3 paket kecil rempah kari daging/ikan (jenama pilihan adalah Baba's Extra Hot)
1-2 kuntum bunga kantan
Segenggam daun kesum
7-8 keping asam keping
½ kilo santan
1 tin susu cair

Bahan sampingan  :
Sambal belacan  (cili hidup + belacan dibakar + gula + garam ditumbuk)
Kacang panjang
Timun jepun
Limau nipis
Tauge (tak perlu celur)
Spaghetti  (direbus)

Cara-cara:

1.   Tumis serai yang diketuk sehingga naik bau.  Masukkan rempah dan tumis seketika.
2.  Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.  Tumis dan kacau hingga pecah minyak.
3.  Masukkan isi ikan dan air rebusan ikan yang telah ditapis. Masukkan asam keping, garam ,gula, daun kesum, bunga kantan yang dibelah
4.  Tunggu kuah mendidih.  Masukkan santan dan susu, kecilkan api. Tunggu sehingga kuah mereneh dan tutup api.
5.  Rebus spaghetti dan gaulkan dengan minyak.
6. Laksa johor boleh dinikmati dengan bahan sampingan.  

* utk ulam- boleh refer kat resepi pertama di atas


Note: ooo ropanyer org Johor tak guna laksa betul yg buat dgn tepung beras tu... derang guna spagetti jer...hmmmm x sabar nak cuba buat lah..



Thursday, December 20, 2012

Deep Fried/Steam fish with Thai Chilli Sauce

Jugak dari FB Fontana Cafe

Bahan2


500gm hingga 1kg ikan siakap atau ikan Kerapu. Bersihkan dan usapkan dengan sos ikan dan tepung jagung untuk ikan yang hendak digoreng atau hanya gunakan sos ikan sahaja untuk ikan yang hendak di steamkan.


10 biji bawang putih
20 biji cili padi
1 sudu kecil belacan
1/3 cawan sos ikan
(Mesin kesemua bahan diatas)


1/4 cawan Thai sweet chilli sauce
1/2 biji oren (diperah dan diambil airnya sahaja
1/4 cawan minyak masak




Di dalam kuali/periuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dimesin. Setelah naik bau atau pecah minyak, masukan Thai sweet chilli sauce dan perahan oren kedalam periuk/kuali. Beri garam dan gula secukup rasa mengikut selera anda.
 
(Confirmed hubby and son will choose steam fish)

Red Velvet Whoopie pie


Resepi dari FB Fontana Cafe.. nampak mcm sedap sbb ada creame cheese filling!!!(aarrrggghh gemuks lah lepas ni...)














125g mentega yang telah dilembutkan
3/4 cawan gula caster
1 sudu kecil vanilla esence
2 biji telur
3 sudu kecil pewarna merah
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cuka
1/2 cawan buttermilk

Cream cheese filling:
75g mentega yang dilembutkan
1 1/2 cawan gula icing yang diayak
1 sudu kecil esen vanilla
200g cream cheese yang dilembutkan


Untuk Red Velvet:


Panaskan oven 180 darjah selsius


Pukul mentega, gula caster dan esen vanilla sehingga kembang. Masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi. Masukan pewarna merah dan pukul lagi. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bicarbonate of soda di dalam bekas berasingan. Masukan separuh tepung kedalam adunan, Masukan cuka dan separuh buttermilk, masukan tepung yang separuh lagi dan buttermilk dan pukul sehingga sebati. Kaup satu sudu besar rata dan letakan diatas dulang pembakar. jarakan setiap kaupan 5cm. Bakar selama 8 hingga 10minit.


Cream Cheese:


Pukul mentega, gula icing dan vanilla esen hingga kembang dan masukan cream cheese dan pukul lagi sehingga kembang.

Tuesday, December 4, 2012

KUIH LOMPANG



Errr.. jangan gelak yer.. sebenornyer kuih paling senang ni dh banyak kali tanya mak camner nak buat tapi x penah pun nak buat... ni tetiba nak pelbagaikan minat my son makan makanan jenis kukus so godek2 juga resepi dari FB Air Tangan Mak Long...



BAHAN2

2 1/2 cwntpg beras.
1/2 cwn tpg ubi.
1 cwn gula pasir.
4 cwn air- 2 cwn tuk masak dgn gula-letak 2-3 helai daun pandan.
1 sudu teh esen rose.

CARA2

  1. satu kn tpg bers dan tpg ubi- bancuh dgn 2 cwn air.
  • masuk kn air gula tadi- gaul sebati- tapis.
  • bagi pada beberapa bagian- letak pewarna ikut citarasa.
  • didIh kn air kukusan- sapu sedikit minyak kt acuan kuih lompang.
  • tuang adunan -hingga penuh-kukus 20 minit.
  • Puding Roti Bersos Kastad

    I have problem to finish my Gardenia even beli yang pek kecil during weekday (memang tak sempat makan sbb mlm selalu tak ambil dinner-yg mana biasanya just take 2 slices of roti gardenia)...so below recepi will help to solve my prob-weekend special for Papa and Sheaun :) and a Magic pan to cuo try test tengok :P


    Got this recepi from FB Air Tangan Mak Long

    Bahan2

    12 keping roti - maklong guna roti gardenia.
    1 1/2 sudu besar butter.
    4 biji telur.
    1 sudu teh esen vanila.
    1/2 sudu teh garam.
    1/2 cwn susu cair.
    1/4 tin susu pekat.
    2 1/2 cwn air panas.

    sedikit buah2an kering atau choc chip atau kepingan badam (ikut suka nak letak apa...)



    Cara2
    .

    1) carik2 kn roti dlm mangkuk besar- tuang air panas- tekan2 sikit biar roti tenggelam.

    2) telur di pukul sedikit- tuang ke dlm bekas roti tadi- masuk kn susu pekat- vanila dan garam.
    3) masuk kn butter dlm loyang- cair kn atas api- kemudian tuang adunan roti tadi ke dlm loyang - rata kn- tabur buah2an kering dan kepingan badam.
    4) panas kn oven 180c- bakar 45minit- 1 jam hingga keperang2an.
    (i masak guna magic pan siap dalam 15 minit sajer...)



    Bahan tuk sos kastad.

    1/2 tin susu cair.

    2 sudu besar susu pekat.

    1 sudu besar gula pasir.

    2 sudu besar tpg kastad.

    1/2 cwn air panas- sedikit garam dan esen vanila.



    Cara2

    campur semua bhn- masak dgn api perlahan- kacau selalu supaya tak bergentel- masak hingga licin dan berkilat.


    *klau pekat- bolih tambah sedikit air panas  then siap untuk di hidang

    Friday, October 12, 2012

    Pulut Nangka ala Thai

    another sticky rice recepi - taken from here




    Bahan-bahan:
    • 240 gram beras pulut
    • 250 ml santan 
    • 1 Sudu teh garam
    • 1 biji Nangka Madu masak (dihiris)
    1. Rendam beras pulut semalaman
    2. Kukus beras pulut hingga masak ( 25 minit )
    3. Kemudian, masukkan pulut yang sudah masak ke dalam bekas dan campurkan santan wangi  bersama dengan gula dan garam. Gaul hingga rata
    4. Kukus sekali lagi hingga gula meresap ke dalam pulut.
    5. Alihkan beras pulut ke dalam bekas dan campur dengan santan wangi. Gaul rata.
    6. Sedia untuk dihidangkan bersama dengan hirisan nangka madu.

    Nota
    1) Kita cuma tanak pulut macam biasa. Santan kita masuk asing campur dengan gula dan garam. Bila pulut masak, gaul dengan santan wangi dan terus hidang. Boleh juga makan dengan mangga dalam tin dan juga gula perang. 
    2) Gambar tu memang purely amik dari website org thai (tak ingat add dia) cara masak dia x campur santan dia just kukus pulut then santan dia akan letak atas pulut masa nak makan....)