resepi amik kat sini
Bahan-bahan
1 cawan beras pulut - rendam semalaman
1 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
3-4 sudu makan gula perang
1 sudu makan tepung jagung
daun pandan
mangga - kupas dan hiris
Cara-cara
1.Panaskan kukusan. Kukus beras pulut hingga setengah masak.
2.Masukkan 1/4 cwn santan yg telah digaul dengan garam. Masukkan skali daun pandan. Kukus lagi hingga pulut masak.
3.Periuk lain, satukan baki santan, daun pandan dan juga gula perang (kemanisan ikut selera anda ). Masak hingga mendidih. Masukkan tepung jagung utk kuah yg agak pekat.
4.Utk hidangan - Sendukkan pulut ke dalam bekas. Tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.
2nd recepi amik dari sini
Bahan-bahan ( 3- 4 org makan )
- 2 cawan beras pulut (seeloknya pulut susu) rendam 2 jam
- 1 1/2 cawan santan
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 2 helai daun pandan (disimpulkan)
- 3 sudu makan gula pasir
- mangga yg masak ranum secukupnya
Cara-cara
- Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak, kemudian masukkan 1/2 cawan santan yg telah dicampur dengan garam. letak daun pandan sekali dan kukus pulut sehingga masak.
- untuk kuahnya: baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir. bila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.bila agak pekat tutup api.
- sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga. selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment