Popular Posts

Thursday, January 14, 2010

Pai Daging

http://www.majalahpama.com.my/resipi/artikel.asp?art=2009/1210/7425742484&sec=resipi
Masa Penyediaan
45 Minit
Saiz Hidangan
4 Orang
Selain daging lembu, anda boleh juga menggantikannya dengan daging ayam
ataupun makanan laut lain seperti isi ketam ataupun isi ikan.



Note: Selain daging lembu, anda boleh juga menggantikannya dengan daging ayam ataupun makanan laut lain seperti isi ketam ataupun isi ikan

BAHAN-BAHAN :

Bahan A
500 gm daging (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang merah (dipotong dadu)
1 tin kecil pes tomato
½ sudu teh gula
1 sudu teh herba campuran
Minyak masak secukupnya

Bahan B
6 biji kentang (direbus)
½ cawan susu cair
½ sudu teh lada sulah

CARA MEMASAK
 
1. Pertama sekali, ambil kuali dan panaskan di atas api sederhana. Setelah kuali panas, masukkan pula minyak. Tunggu sebentar sehingga minyak panas. Selepas minyak panas, masukkan pula bawang putih yang sudah dicincang dan bawang merah yang sudah dipotong dadu tadi.
2. Tumis bawang-bawang tersebut hingga layu ataupun naik bau. Kemudian, masukkan daging cincang dan kacau lagi. Biarkan sebentar campuran daging dan bawang tadi sehingga daging benar-benar masak. Sekali sekala, kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan masakan berkerak.
3. Kemudian, anda perlu masukkan pula pes tomato dan herba campuran. Kacau rata kesemuanya dan biarkan sebentar. Setelah kesemuanya masak, matikan api dan ketepikan.
4. Ambil ubi kentang yang sudah direbus dan masukkannya ke dalam mangkuk. Lecek kentang tersebut sehingga hancur. Setelah kentang hancur, masukkan susu cair dan lada sulah. Masukkan bahan-bahan tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata adunan tersebut. Ketepikan.
5. Ambil beberapa bekas atau mangkuk yang boleh anda gunakan untuk membakar.
6. Masukkan daging cincang yang telah siap dimasak ke dalamnya. Kemudian, tuangkan kentang putar ke dalam mangkuk yang berisi daging tadi dan ratakan.
7. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit hingga kentang menjadi kekuningan. Jika suka boleh juga ditaburkan keju ke atasnya.

No comments:

Post a Comment