Popular Posts

Thursday, December 20, 2012

Red Velvet Whoopie pie


Resepi dari FB Fontana Cafe.. nampak mcm sedap sbb ada creame cheese filling!!!(aarrrggghh gemuks lah lepas ni...)














125g mentega yang telah dilembutkan
3/4 cawan gula caster
1 sudu kecil vanilla esence
2 biji telur
3 sudu kecil pewarna merah
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cuka
1/2 cawan buttermilk

Cream cheese filling:
75g mentega yang dilembutkan
1 1/2 cawan gula icing yang diayak
1 sudu kecil esen vanilla
200g cream cheese yang dilembutkan


Untuk Red Velvet:


Panaskan oven 180 darjah selsius


Pukul mentega, gula caster dan esen vanilla sehingga kembang. Masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi. Masukan pewarna merah dan pukul lagi. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bicarbonate of soda di dalam bekas berasingan. Masukan separuh tepung kedalam adunan, Masukan cuka dan separuh buttermilk, masukan tepung yang separuh lagi dan buttermilk dan pukul sehingga sebati. Kaup satu sudu besar rata dan letakan diatas dulang pembakar. jarakan setiap kaupan 5cm. Bakar selama 8 hingga 10minit.


Cream Cheese:


Pukul mentega, gula icing dan vanilla esen hingga kembang dan masukan cream cheese dan pukul lagi sehingga kembang.

1 comment:

  1. Assalamualaikum salah satu cake fv juga ni...cute lah buat macam tu Meeza guna mould/acuan apa tu cantik..x payah nak potong2 terus ngap seketul2 masuk mulut.....i like

    ReplyDelete