Popular Posts

Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Deep Fried/Steam fish with Thai Chilli Sauce

Jugak dari FB Fontana Cafe

Bahan2


500gm hingga 1kg ikan siakap atau ikan Kerapu. Bersihkan dan usapkan dengan sos ikan dan tepung jagung untuk ikan yang hendak digoreng atau hanya gunakan sos ikan sahaja untuk ikan yang hendak di steamkan.


10 biji bawang putih
20 biji cili padi
1 sudu kecil belacan
1/3 cawan sos ikan
(Mesin kesemua bahan diatas)


1/4 cawan Thai sweet chilli sauce
1/2 biji oren (diperah dan diambil airnya sahaja
1/4 cawan minyak masak




Di dalam kuali/periuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dimesin. Setelah naik bau atau pecah minyak, masukan Thai sweet chilli sauce dan perahan oren kedalam periuk/kuali. Beri garam dan gula secukup rasa mengikut selera anda.
 
(Confirmed hubby and son will choose steam fish)

Thursday, August 11, 2011

Ketupat Sotong Kelantan


source: myresipi


Teringin pulak nak try buat ini... actually dah lama mengidam.. today is a great day to try.
Will upload result photo next week


Bahan-bahan ( 10 ekor )

  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.

  1. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  2. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  3. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Thursday, January 14, 2010

Udang Goreng Asam






http://www.karangkraf.com/E-Majalah/rasa/default.asp?categories=RASA8
 

BAHAN-BAHAN:
100gm udang sederhana besar
200gm asam jawa | dibancuh dengan
sedikit air
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Perap udang dengan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa selama setengah jam.


2. Selepas itu panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang tadi sehingga garing bersama bahan yang diperap. Angkat.


3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit saja, tumis baki air asam jawa sehingga mendidih.

Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih.

4. Tuangkan ke atas udang tadi.

Sajian Cina & BabaNyonya Halal-Ketam Telur Masin

http://www.karangkraf.com/E-Majalah/rasa/default.asp?categories=RASA8    


BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam bunga
5 biji kuning telur masin
5 biji cili padi
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu cair
2 sudu makan tepung kanji
5 helai daun kari
Garam dan lada sulah secukupnya
 

CARA MEMASAKNYA:
1. Kukus ketam hingga masak dan toskan airnya.

 
2. Kemudian gaulkan ketam bersama tepung kanji dan goreng di dalam minyak yang banyak.     Toskan dan angkat.

 
3. Campurkan kuning telur masin bersama mentega dan kemudian masak di atas api. Gunakan api perlahan.

 
4. Tuangkan sedikit susu cair bersama daun kari. Kacaukan rata.

 
5. Setelah itu masukkan ketam bersalut tepung kanji dan goreng hingga mesra.

 
6. Sedia dinikmati.

Thursday, January 7, 2010

Gulai Sotong

http://www.sajionline.com.my/
Gulai Sotong
BAHAN-BAHAN:
250 gm sotong
3 cm lengkuas (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
1 helai daun kunyit (kisar)
5 helai daun limau purut
250 ml santan
100 ml air
10 tangkai cili merah (kisar)
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan bahan-bahan kecuali sotong dan didihkan.
2. Pastikan santan sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak.
3. Setelah 20 minit, masukan sotong dan garam, kacau lagi

Tomyam Kelapa Muda

http://www.sajionline.com.my
Tomyam Kelapa Muda
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa muda
1 batang serai (ketuk)
2 helai daun limau purut
5 tangkai cili kering (kisar)
2 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 cawan santan
100 gm udang
50 gm sotong
50 gm cendawan putih
1 biji tomato
100 gm jagung muda
3 labu bawang besar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumiskan serai dan bahan kisar.
2. Tuangkan air kelapa muda tadi dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan santan, daun limau purut, bawang besar, sotong, cendawan, udang dan jagung muda. Setelah masak hidangkan di dalam kelapa muda.

Udang Goreng Rempah Berlabu

http://www.sajionline.com.my
Udang Goreng Rempah Berlabu
BAHAN-BAHAN:
500 gm udang
50 gm rempah kari daging
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
2 cawan santan pekat
200 gm labu (potong dadu)
200 gm minyak sapi
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Udang dibuang kepalanya sahaja. Kemudian goreng udang hingga kekuningan. Asingkan.
2. Rebus labu hingga setengah masak dan asingkan.
3. Tumis bahan kisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit dan cili kisar dengan minyak sapi.
4. Masukkan santan, bila mendidih masukkan udang dan labu. Gaul dan kecilkan api.
5. Taburkan daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.

Ketam Goreng Bercili

http://www.sajionline.com.my/
Ketam Goreng Bercili
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos Thai
Garam dan gula

BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
6 tangkai cili merah
6 tangkai cili kering

CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng ketam yang digaul dengan kunyit dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan semua sos, kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa dan tumis lagi.
4. Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan ketam dan kacau hingga sekata.

Kari Ketam Istimewa

http://www.sajionline.com.my/
Kari Ketam Istimewa
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam (potong dua)
1 sudu kecil herba campur
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 tangkai daun kari
2 cawan santan
1 cawan air asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan herba campur, serbuk kari, daun kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air dan tumis lagi.
4. Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila kuah mendidih, masukkan ketam, dan biarkan ia masak.

Ketam Sumbat

Ketam Sumbat
 http://www.sajionline.com.my/
BAHAN-BAHAN:
500 gm isi ketam
Tepung gandum secukupnya
1 biji telur kuning
Serbuk roti secukupnya
Garam dan lada sulah secukup rasa

BAHAN HIRIS:
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Setangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan bahan hiris dengan isi ketam, taburkan dengan tepung gandum dan kuning telur.
2. Sadurkan dengan serbuk roti dan disumbatkan ke dalam kulit ketam.
3. Akhir sekali goreng hingga masak