Popular Posts

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

Mini Pavlova

PAVLOVA

* nak bentukkan jadi mini pavlova pun OK...

Bahan-bahan ( 1 biji pavlova (6 org makan) )

  • 8 biji putih telur
  • 300g gula kastor
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil cuka makan
  • *******untuk topping*******
  • 250g whipping cream
  • 30g gula icing
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Buah-buahan seperti strawberry,passionfruit,kiwi,blueberry,pineapple dan sebagainya.

Cara-cara

  1. Pastikan mangkuk anda bersih yer.Putar putih telur sampai keluar 'soft peak',tambah gula kastor sedikit demi sedikit dan putar sehingga keluar 'stiff peaks'.pastikan gula betul2 hancur.masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung.kacau semuanya.
  2. Lukiskan bulatan besar pada baking paper dan sudukan adunan ke dalamnya.Panaskan oven 180 degree celcius dan tukarkan ke 120 degree celcius sebaik sahaja ia dimasukkan ke dlm oven.bakar selama 1 jam dan sejukkan 30 minit.
  3. Untuk topping,putar whipping cream sehingga muncul soft peaks.Maniskannya dgn gula dan esen vanila.
  4. sudukan whipping cream keatas pavlova sehingga menutupi atasannya.Hias dengan buah-buahan.

Saturday, March 31, 2012

Red Velvet Cake

RED VELVET CAKE
source: myresipi.com



















Bahan-bahan ( 1 biji )



Kek (Sila guna penyukat khas) 
 
2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)

1 sudu kecil serbuk penaik diayak

2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)

2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur pada suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda


Buttermilk

1 cup (240 ml) susu kotak full cream sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon


Cream cheese frosting
2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup


Cara-cara
 
1.BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
2.KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
3.Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
4.Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
5.Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
6.Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
7.Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
8.Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
9.CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
10.Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
11.Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

Sunday, March 14, 2010

Kek Durian

Sumber: familiazam.com

Bahan-bahannya: 450 gm kek span
100 gm jem strawberi
CopyFromFamiliazamDotCom
Bahan inti:
200 gm pes durian
180 gm gula kastor
120 gm badam cincang
60 gm tepung jagung
50 ml santan
1 sudu besar agar-agar segera
1/2 tin susu cair
Krim putar
CopyFromFamiliazamDotCom
Cara membuatnya:
1. Kek span dipotong menjadi tiga lapis. Ketepikan.
2. Didihkan santan, gula kastor dan agar-agar hingga larut.
3. Masukkan tepung jagung, pes durian dan susu cair. Kacau hingga pekat. Sejukkan.
4. Sapukan jem pada setiap lapisan kek dan ratakan sedikit inti hingga ke permukaan kek.
5. Kemudian sapukan krim putar pada kek dan taburkan badam. Simpan dalam peti sejuk.

Friday, March 12, 2010

CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)

CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)
Sumber: Abg Rozan

Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya)
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4


CARA

1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.

3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.

4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.

5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

Monday, January 25, 2010

VERY GOOEY CHOCOLATE CAKE

http://rozzan.blogspot.com


Bahan-Bahan:
250 g (8 oz) cokelat masakan ( patah2kan )
2 sudu bear susu segar
175 g (6 oz) mentega, yg telah dilembutkan (suhu bilik)
200 g (7 oz) gula muscovado/ gula TAIKOO atau gula perang (brown sugar)
175 g (6 oz) kacang hazel (dikisar/tumbuk)
2 sudu besar serbuk koko
40 g (1½ oz) tepung gandum
5 biji telur, (putih diasaingkan dari kuningnya)

Chocolate Coating
15 g ( 1½ oz) gula kaster/ halus
25 g (1 oz) mentega
150 g (5 oz) cokelat masakan

Cara:
1) Alaskan loyang bulat berukuran 20 cm (8”) dgn kertas tracing pada dasar dan kelililngnya lalu digriskan.

2) Cairkan cokelat masakan dan susu di dalam periuk/bekas kecil dgn kaedah “double-boil”. Ketepikan.

3) Sementara itu, satukan mentega, gula, kacang hazel, serbuk koko, tepung dan kuning telur di dalam sebuah mangkuk besin. Masukkan pula cokelat yg dah cair tadi lalu pukul sehingga licin dan sebati. Ketepikan.

4) Ambil satu lagi mangkuk besar yg bersih lalu pukul putih telur sehingga gebu dan pekat. Ambil suku bahagian drpd putih telur ini dan bubuh ke dalam adunan cokelat tadi dan gaul/kacau rata dgn senduk. Kemudian, masukkan kesemua lebihan putih telur tadi dan gaul lagi sehingga rata.

5) Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan dulu dgn suhu 180°C selama kira-kira 1 jam atau kek masak. Keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk di dalam loyang sebelum dialihkan ke atas pinggan hidang.

6) Buatlah chocolate coating. Panaskan gula, mentega dan 3 sudu besar air di dalam periuk kecil sehingga mentega cair dan gulanya larut (kaedah "double-boiling"). Angkat dari api, masukkan cokelat masakan dan biarkan sehingga cokelat cair lalu dikacau rata. Tuang ke atas kek dan simpan di tempat yg dingin.

Tip : Jgn terlebih bakar kek ini kerana ia akan menjadi kering. Lebih baik masa membakarnya kurang sedikit kalau anda kurang pasti.

Kek Lapis Aiskrim Strawberry


(sumber : Pn Hawa Ismail/Buku Masak Warna)

Bahan A
24 biji kuning telur
450 gm mentega
5 biji putih telur
280 gm gula halus
80 gm tepung naik sendiri
sedikit pewarna merah/kuning
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
170 gm tepung ice-cream strawberry (diayak dahulu)
150 gm ice-cream strawberry (jenis plain) – lembutkan
130 gm susu tepung
1 sudu teh esen vanilla

sedikit mentega (dicairkan dlm mangkuk kecil utk disapu pada setiap lapisan)
loyang pembakar (10” x 7”)- alaskan dgn kertas tracing, sapukan mentega

Cara:
Mentega dipukul hingga gebu. Ketepikan. Pukul putih telur dgn separuh gula (140gm) hingga naik dan pekat. Ketepikan. Pukul kuning telur dgn gula yg separuh lagi hingga naik dan pekat. Masukkan mentega dan kacau rata. Campurkan adunan putih telur, kacau rata, masukkan tepung dan kacau lagi hingga rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.

Satu bahagian dicampurkan dgn susu tepung, esen vanilla dan warna kuning. Yang satu bahagian lagi dicampur dgn tepung ice-cream strawberry, esen strawberry, serta ice-cream strawberry dan pewarna merah. Kacau rata-rata.

Bakarlah berselang-seli merah dan kuning, mengikut citarasa anda samada selapis kuning, selapis merah atau dua lapis kuning, dua lapis merah. Gunakan api ‘grill’ dgn suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius. Pada setiap lapisan, setelah lapisan itu masak, keluarkan dari oven dan sapukan dgn mentega cair. Tuang lagi adunan (kira-kira 1 senduk) dan bakar lagi hingga ke lapisan akhir. Pada lapisan terakhir, gunakan api oven (api atas bawah) dan kecilkan suhunya kpd kira-kira 160 darjah dan masak hingga kek masak (kira-kira 8-10 minit).

Kek Lapis Rempah

http://rozzan.blogspot.com/
ni pun macam antara yang wajib patut di cuba



Bahan-bahannya:
10 biji kuning telur
3 biji putih telur
7 oz gula halus
9 oz mentega
2½ oz tepung Hong Kong
¼tin susu pekat
1 oz badam kisar
3 sudu teh rempah kuih
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh vanilli

Peraturannya:
1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur.
Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.
6. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak

KEK LAPIS PRUNE

http://rozzan.blogspot.com 
Yang ni pun I would love to bake.. sweet sour taste


Kek Lapis Prune ini saya buat dgn kaedah dan bahan asas membuat kek lapis sarawak (harap2 betullah yer! apa yg saya cakap nie..) . Secara asas, kek lapis sarawak, teksturnya lembab (moist) dan menggunakan perisa seperti horlicks, sekaya, jem dan sebagainya. Berdasarkan kreativiti seseorang, selepas dibubuhnya perisa pada kek tersebut, barulah diberi nama-nama yg unik. Apapun, anda juga boleh membuat kek lapis sarawak ini dgn membubuh perisa yg anda gemari, dgn warna pilihan dan akhir sekali, letakkan nama kek anda sendiri. Seperti kekata yg biasa kita dengar "kita yg buat dia" -so, nak taruk apa nama sekali pun orait ler!!

Secara biasa, kek lapis prune yg biasa saya buat tiada pewarna dan tiada perisa tambahan. Tapi kali ini saya telah membubuh jem raspberry sebagai perisa dan saya kurangkan penggunaan susu pekat manis. Secara keseluruhan, kek lapis jenis ini memang moist (lembab) dan mudah utk membuatnya. Dan, jika anda tidak gemar dgn buah prune bolehlah ditukar dgn kismis atau bahan2 lain seperti coklat. Terserah kpd citarasa anda. Sebab, enak utk orang tak semestinya sedap buat kita dan sebaliknya.

OK, now the recipe..

Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu besar ovalette (boleh ditiadakan)
10 biji telur saiz sederhana
1/2 tin susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm horlicks
100 gm jem raspberry
200 gm prune (dipotong kecil-kecil)
sedikit pewarna merah

Cara:
Pukul mentega, gula & ovalette hingga kembang (kira-kira 5 minit). Masukkan telur sebiji sebiji dan terus pukul. Masukkan pula susu pekat manis lalu dikacau lagi. Kemudian masukkan horlicks dan tepung. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu dibiar plain manakala yg satu lagi dibubuh jem raspberry dan pewarna merah. Bakar selapis selapis sehingga masak. Pada setiap lapisan kedua dibubuh buah prune.

KEK LAPIS HAW FLAKES (MASAM MANIS)

http://rozzan.blogspot.com
Ni pun taken from Bro Rozzan nyer blog.. one of my favorite too sebab i love the sweet sour taste... boleh buat sacara kukus pun.. olahkan resepi sikit2 sure jadik..selamat mencuba


















Bahan-Bahan
10 biji telur
190 gm gula halus (boleh kurangkan kpd 120-130 gm)
450 gm mentega
300 g biskut Marie–tumbuk halus
secukup haw flakes
1 tin susu pekat manis
85 gm sekaya
1 sudu teh vanilla

Cara:
1. Pukul gula dgn mentega hingga kembang. masukkan telur sebiji sebiji, kacau rata2.

2. Masukkan biskut tumbuk tadi dan kacau lagi hingga rata. Kemudian masukkan susu pekat, sekaya dan esen vanilla.

3. bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan dgn warna pilihan anda

4. Alaskan loyang 9" x 9" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira2 180-190 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan genap atau alternate layers. (ekcelli, saya taruk pd setiap lapisan- that's why the taste still a little too sweet for me!) So take note ya.

Kek Lapis Nutella

http://rozzan.blogspot.com/

Dah lama duk carik resepi kek lapis...ni dah jumpa from blog En Rozzan-thanks ya..




Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette

10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis

260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Nutella

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.
contoh :



7) Bakar sehingga selesai adunan dgn anggaran suhu 180 – 210 darjah Celsius (mengikut kesesuaian oven anda).Lapis pertama api atas bawah, lapis kedua hingga akhir-api atas jer..

Friday, January 8, 2010

Kek Cokelat Kukus

http://www.sajionline.com.my/


BAHAN-BAHAN
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)



CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.


PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

Kek Aiskrim Keju

http://www.sajionline.com.my/



BAHAN-BAHAN:
350 gm krim keju
350 gm mentega
1 1/2 sudu kecil esen vanila
3 cawan gula aising
1 1/2 cawan kacang pecan (bakar)


CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan kesemua bahan (kecuali kacang pecan) dan pukul hingga gebu.

Thursday, January 7, 2010

Banana Tiramisu

Banana Tiramisu Gateaux
Source
BAHAN KEK:
Bahan A:
6 biji telur
120 gm gula kastor
30 gm ovellette

Bahan B:
120 gm tepung superfine
20 gm tepung jagung

Bahan C:
50 ml minyak jagung
1/2 sudu kecil esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B dan gaul sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan bahan C.
4. Alaskan acuan 9 inci x 9 inci dengan kertas minyak.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180oC selama 35-45 minit. Sehingga masak dan sejukkan kemudian potong kepada tiga bahagian.

BAHAN ISIAN:
3 biji kuning telur
1 biji telur
50 gm gula kastor
250 gm keju mascarpone
250 gm krim putar
20 gm gelatin ditambah dua sudu besar air (rendam dan panaskan)
2 biji pisang (kisar halus)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Putarkan kuning telur dan gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan gelatin.
3. Masukkan krim putar dan keju mascarpone.
4. Akhir sekali masukkan pisang yang dikisar halus.
5. Potong kek kepada tiga bahagian.
6. Sapukan setiap lapisan dengan bahan isian dan letakkan pisang sebagai hiasan.
7. Sejukkan dalam peti sejuk.

Kek Keju Coklat Chip

Image
Source 
BAHAN KEK KEJU:
400 ml krim putar
10 gm gula kastor
80 gm tepung jagung
80 gm mentega
7 biji putih telur (buat meringue)
7 biji kuning telur
2 buku krim keju (sebuku 250 gm)
200 gm coklat chip
1 sudu besar jus lemon


BAHAN COKLAT GANACHE:
500 gm coklat masak
250 ml krim putar
120 gm mentega
1 sudu kecil minyak jagung


CARA MENYEDIAKAN:
1. Terlebih dahulu pukul mentega, krim keju dan gula kastor hingga sebati.
2. Masukkan tepung jagung dan pukul rata.
3. Campurkan kuning telur satu persatu bersama krim putar serta satu sudu besar jus lemon. Pukul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan putih telur yang telah dibuat meringue bersama chocolate chip dan balik-balikkan bersama adunan tersebut.
5. Masukkan ke dalam bekas yang telah disalut dengan kertas alumunium dan letakkan di atas dulang berisi air. Bakar di dalam oven bersuhu 1600C selama satu hingga satu jam 30 minit.
6. Sejukkan di dalam chiller semalaman sebelum dihias.
7. Untuk menyediakan ganache, cairkan coklat masak, mentega dan krim putar mengunakan kaedah water bath.
8. Kemudian masukkan sesudu minyak jagung dan gaul sebati. Biarkan semalaman di dalam chiller hingga pekat. Hiaskan kek keju  tadi dengan coklat ganache tadi. Taburkan gula aising di atasnya.

#Kaedah merigue: Pukul putih telur dengan pemutar 'whisk' hingga kembang dan gebu. Masukkan ke dalam mangkuk dan sejukkan seketika.

#Kaedah water bath: Ambil semangkuk air panas. Kemudian ambil mangkuk (kalau boleh yang diperbuat daripada aluminium ataupun besi tahan karat) dan letakkan di atas air panas tadi. Cairkan kesemua bahan di dalam mangkuk aluminium tadi.

Kek Lapis Kukus Seri Kaya

Kek Lapis Kukus Seri Kaya

http://www.sajionline.com.my/
BAHAN-BAHAN:
1 cawan marjerin
1 cawan gula kastor
5 biji telur ayam gred A
1 tin susu pekat
1 tin kecil kaya
1 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar koko
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
2. Masukkan susu pekat, kaya, esen vanila dan tepung gandum. Pukul adunan sebati dan bahagikan kepada empat bahagian. Warnakan adunan dengan warna merah, hijau, koko dan kuning.
3. Tuangkan adunan di dalam acuan secara berselang-seli dan kukus selama 10 minit setiap bahagian.

Banana Tiramisu Gateaux

Banana Tiramisu Gateaux
 http://www.sajionline.com.my/
BAHAN KEK:
Bahan A:
6 biji telur
120 gm gula kastor
30 gm ovellette

Bahan B:
120 gm tepung superfine
20 gm tepung jagung

Bahan C:
50 ml minyak jagung
1/2 sudu kecil esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B dan gaul sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan bahan C.
4. Alaskan acuan 9 inci x 9 inci dengan kertas minyak.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180oC selama 35-45 minit. Sehingga masak dan sejukkan kemudian potong kepada tiga bahagian.

BAHAN ISIAN:
3 biji kuning telur
1 biji telur
50 gm gula kastor
250 gm keju mascarpone
250 gm krim putar
20 gm gelatin ditambah dua sudu besar air (rendam dan panaskan)
2 biji pisang (kisar halus)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Putarkan kuning telur dan gula kastor sehingga sebati.
2. Masukkan gelatin.
3. Masukkan krim putar dan keju mascarpone.
4. Akhir sekali masukkan pisang yang dikisar halus.
5. Potong kek kepada tiga bahagian.
6. Sapukan setiap lapisan dengan bahan isian dan letakkan pisang sebagai hiasan.
7. Sejukkan dalam peti sejuk.