Popular Posts

Thursday, July 25, 2013

Menu Raya- Laksa Johor

Salam...wah wahh.. lama btol tak jejak sini.. ni pun jejak sbb asben mintak buatkan laksa johor or Laksa nogori raya nanti.. so browse punya browse jumpa lah resepi ni- i amik kat sini


Bahan-bahan Untuk Laksa Johor:
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
Bahan-bahan yang perlu dikisar halus
15 ulas bawang merah
5 ulas bawah putih
3 inci lengkuas
Bahan-bahan yang perlu dikisar (A)
3 batang serai
300 gm udang kering
Bahan yang perlu dibakar dan dikisar (B)
150 gm ikan kurau kering
Bahan (C)
Kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa
Cara menyediakan:
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap
Untuk Ulam:
Taugeh
Daun kesom & daun selasih
Lobak asin
Sambal belacan
Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus
(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi
Next I amik sini. Yang ni nampak lebih details nak buat sbb dia tunjuk cara2 A-Z (mudahlah utk org yg baru nk belajar mcm i :)
Bahan utama  :
2kg ikan kembung / ikan kayu
Cara-cara menyediakan rebusan ikan  :
1.  Tapis ikan yang telah direbus.  Jangan buang air rebusan itu.  Masukkan ke dalam bekas berasingan.
2.  Asingkan isi dan tulang ikan yang telah direbus tadi ke dalam dua bekas yang berasingan.
3.  Kisar tulang ikan (dengan sedikit air) sehingga lumat.  Tapis hasil kisaran tulang ikan itu untuk mendapatkan jus kisaran tulang ikan.  Jus kisaran tulang ikan itu boleh dicampur dengan air rebusan ikan yang pertama tadi.  Ulang proses ini sehingga tulang menjadi putih
4.  Kisar isi ikan dan campurkan dengan air rebusan ikan + jus tulang ikan tadi.

Bahan kisar  :
4-5 cm  halia
3cm  lengkuas
15-20 tangkai cili kering
7-8 ulas  bawang merah ,
5-6 ulas  bawang putih
9-10 batang  Serai
3 kuntum bunga kantan
Daun kesum (diasingkan dari batang)

Bahan tumisan / rebusan :
3 paket kecil rempah kari daging/ikan (jenama pilihan adalah Baba's Extra Hot)
1-2 kuntum bunga kantan
Segenggam daun kesum
7-8 keping asam keping
½ kilo santan
1 tin susu cair

Bahan sampingan  :
Sambal belacan  (cili hidup + belacan dibakar + gula + garam ditumbuk)
Kacang panjang
Timun jepun
Limau nipis
Tauge (tak perlu celur)
Spaghetti  (direbus)

Cara-cara:

1.   Tumis serai yang diketuk sehingga naik bau.  Masukkan rempah dan tumis seketika.
2.  Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.  Tumis dan kacau hingga pecah minyak.
3.  Masukkan isi ikan dan air rebusan ikan yang telah ditapis. Masukkan asam keping, garam ,gula, daun kesum, bunga kantan yang dibelah
4.  Tunggu kuah mendidih.  Masukkan santan dan susu, kecilkan api. Tunggu sehingga kuah mereneh dan tutup api.
5.  Rebus spaghetti dan gaulkan dengan minyak.
6. Laksa johor boleh dinikmati dengan bahan sampingan.  

* utk ulam- boleh refer kat resepi pertama di atas


Note: ooo ropanyer org Johor tak guna laksa betul yg buat dgn tepung beras tu... derang guna spagetti jer...hmmmm x sabar nak cuba buat lah..



Thursday, December 20, 2012

Deep Fried/Steam fish with Thai Chilli Sauce

Jugak dari FB Fontana Cafe

Bahan2


500gm hingga 1kg ikan siakap atau ikan Kerapu. Bersihkan dan usapkan dengan sos ikan dan tepung jagung untuk ikan yang hendak digoreng atau hanya gunakan sos ikan sahaja untuk ikan yang hendak di steamkan.


10 biji bawang putih
20 biji cili padi
1 sudu kecil belacan
1/3 cawan sos ikan
(Mesin kesemua bahan diatas)


1/4 cawan Thai sweet chilli sauce
1/2 biji oren (diperah dan diambil airnya sahaja
1/4 cawan minyak masak




Di dalam kuali/periuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dimesin. Setelah naik bau atau pecah minyak, masukan Thai sweet chilli sauce dan perahan oren kedalam periuk/kuali. Beri garam dan gula secukup rasa mengikut selera anda.
 
(Confirmed hubby and son will choose steam fish)

Red Velvet Whoopie pie


Resepi dari FB Fontana Cafe.. nampak mcm sedap sbb ada creame cheese filling!!!(aarrrggghh gemuks lah lepas ni...)














125g mentega yang telah dilembutkan
3/4 cawan gula caster
1 sudu kecil vanilla esence
2 biji telur
3 sudu kecil pewarna merah
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cuka
1/2 cawan buttermilk

Cream cheese filling:
75g mentega yang dilembutkan
1 1/2 cawan gula icing yang diayak
1 sudu kecil esen vanilla
200g cream cheese yang dilembutkan


Untuk Red Velvet:


Panaskan oven 180 darjah selsius


Pukul mentega, gula caster dan esen vanilla sehingga kembang. Masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi. Masukan pewarna merah dan pukul lagi. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bicarbonate of soda di dalam bekas berasingan. Masukan separuh tepung kedalam adunan, Masukan cuka dan separuh buttermilk, masukan tepung yang separuh lagi dan buttermilk dan pukul sehingga sebati. Kaup satu sudu besar rata dan letakan diatas dulang pembakar. jarakan setiap kaupan 5cm. Bakar selama 8 hingga 10minit.


Cream Cheese:


Pukul mentega, gula icing dan vanilla esen hingga kembang dan masukan cream cheese dan pukul lagi sehingga kembang.

Tuesday, December 4, 2012

KUIH LOMPANG



Errr.. jangan gelak yer.. sebenornyer kuih paling senang ni dh banyak kali tanya mak camner nak buat tapi x penah pun nak buat... ni tetiba nak pelbagaikan minat my son makan makanan jenis kukus so godek2 juga resepi dari FB Air Tangan Mak Long...



BAHAN2

2 1/2 cwntpg beras.
1/2 cwn tpg ubi.
1 cwn gula pasir.
4 cwn air- 2 cwn tuk masak dgn gula-letak 2-3 helai daun pandan.
1 sudu teh esen rose.

CARA2

  1. satu kn tpg bers dan tpg ubi- bancuh dgn 2 cwn air.
  • masuk kn air gula tadi- gaul sebati- tapis.
  • bagi pada beberapa bagian- letak pewarna ikut citarasa.
  • didIh kn air kukusan- sapu sedikit minyak kt acuan kuih lompang.
  • tuang adunan -hingga penuh-kukus 20 minit.
  • Puding Roti Bersos Kastad

    I have problem to finish my Gardenia even beli yang pek kecil during weekday (memang tak sempat makan sbb mlm selalu tak ambil dinner-yg mana biasanya just take 2 slices of roti gardenia)...so below recepi will help to solve my prob-weekend special for Papa and Sheaun :) and a Magic pan to cuo try test tengok :P


    Got this recepi from FB Air Tangan Mak Long

    Bahan2

    12 keping roti - maklong guna roti gardenia.
    1 1/2 sudu besar butter.
    4 biji telur.
    1 sudu teh esen vanila.
    1/2 sudu teh garam.
    1/2 cwn susu cair.
    1/4 tin susu pekat.
    2 1/2 cwn air panas.

    sedikit buah2an kering atau choc chip atau kepingan badam (ikut suka nak letak apa...)



    Cara2
    .

    1) carik2 kn roti dlm mangkuk besar- tuang air panas- tekan2 sikit biar roti tenggelam.

    2) telur di pukul sedikit- tuang ke dlm bekas roti tadi- masuk kn susu pekat- vanila dan garam.
    3) masuk kn butter dlm loyang- cair kn atas api- kemudian tuang adunan roti tadi ke dlm loyang - rata kn- tabur buah2an kering dan kepingan badam.
    4) panas kn oven 180c- bakar 45minit- 1 jam hingga keperang2an.
    (i masak guna magic pan siap dalam 15 minit sajer...)



    Bahan tuk sos kastad.

    1/2 tin susu cair.

    2 sudu besar susu pekat.

    1 sudu besar gula pasir.

    2 sudu besar tpg kastad.

    1/2 cwn air panas- sedikit garam dan esen vanila.



    Cara2

    campur semua bhn- masak dgn api perlahan- kacau selalu supaya tak bergentel- masak hingga licin dan berkilat.


    *klau pekat- bolih tambah sedikit air panas  then siap untuk di hidang

    Friday, October 12, 2012

    Pulut Nangka ala Thai

    another sticky rice recepi - taken from here




    Bahan-bahan:
    • 240 gram beras pulut
    • 250 ml santan 
    • 1 Sudu teh garam
    • 1 biji Nangka Madu masak (dihiris)
    1. Rendam beras pulut semalaman
    2. Kukus beras pulut hingga masak ( 25 minit )
    3. Kemudian, masukkan pulut yang sudah masak ke dalam bekas dan campurkan santan wangi  bersama dengan gula dan garam. Gaul hingga rata
    4. Kukus sekali lagi hingga gula meresap ke dalam pulut.
    5. Alihkan beras pulut ke dalam bekas dan campur dengan santan wangi. Gaul rata.
    6. Sedia untuk dihidangkan bersama dengan hirisan nangka madu.

    Nota
    1) Kita cuma tanak pulut macam biasa. Santan kita masuk asing campur dengan gula dan garam. Bila pulut masak, gaul dengan santan wangi dan terus hidang. Boleh juga makan dengan mangga dalam tin dan juga gula perang. 
    2) Gambar tu memang purely amik dari website org thai (tak ingat add dia) cara masak dia x campur santan dia just kukus pulut then santan dia akan letak atas pulut masa nak makan....)

    Pulut Mangga Thai special...

    aiihhh... I'm craving for pulut!!!!!ni nak share resepi for pulut mangga
    resepi amik kat sini


    Bahan-bahan

    1 cawan beras pulut - rendam semalaman
    1 cawan santan
    1/4 sudu kecil garam
    3-4 sudu makan gula perang
    1 sudu makan tepung jagung 
    daun pandan
    mangga - kupas dan hiris

    Cara-cara
    1.Panaskan kukusan. Kukus beras pulut hingga setengah masak.

    2.Masukkan 1/4 cwn santan yg telah digaul dengan garam. Masukkan skali daun pandan. Kukus lagi hingga pulut masak.

    3.Periuk lain, satukan baki santan, daun pandan dan juga gula perang (kemanisan ikut selera anda ). Masak hingga mendidih. Masukkan tepung jagung utk kuah yg agak pekat.

    4.Utk hidangan - Sendukkan pulut ke dalam bekas. Tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.



    2nd recepi amik dari sini


    Bahan-bahan ( 3- 4 org makan )

    • 2 cawan beras pulut (seeloknya pulut susu) rendam 2 jam
    • 1 1/2 cawan santan
    • 1/4 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil tepung jagung
    • 2 helai daun pandan (disimpulkan)
    • 3 sudu makan gula pasir
    • mangga yg masak ranum secukupnya

    Cara-cara

    1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak, kemudian masukkan 1/2 cawan santan yg telah dicampur dengan garam. letak daun pandan sekali dan kukus pulut sehingga masak.
    2. untuk kuahnya: baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir. bila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.bila agak pekat tutup api.
    3. sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga. selamat mencuba!

    Wednesday, August 1, 2012

    BBQ

    Assalam....woooihh dh bersawang2 ha laman nih.. kunun nak update on daily basis.. hampeh x sempat nyer bz tahap gaban.....he he... raya tahun nih hubby balik malam raya..BEST!!!!

    Jgn terkejut if i said dia dh plan 1st day raya lepas solat raya and everything terus nak jalankan project BBQ he he (buang tabiat tahun ni balik raya rumah mak hari ke-3)...so apa lagi.. kita download lah resepi bbq yg bakal sy try nanti (actually weekend ni nk buat trial dulu he he)

    resepi pertama ni mcm senang sket...tapi terlupa google tadi amik kat mana ntah...minta halal yer tuan rumah...


    Bahan-bahan nya adalah:

    1. Ayam, daging, ikan or ape2 jalah yg korang mau.
    2. Serbuk kari ayam@daging
    3. Garam halus
    4. Minyak masak
    5. Serbuk jintan putih
    6. Serbuk lada hitam
    7. Bawang merah dikisar.

    campor semua bahan2 diatas keatas daging pastu gaulkan sehingga sebati.
    untuk menyedapkan lagi, masak stim selama beberapa minit sehingga separuh masak.
    kemudian perapkan selama 1 malam di dalam peti ais.

    semasa membakar, jangan selalu membalikkan daging.ini menyebabkan daging melekat dan hancur.gunakan minyak masak dicampor sedikit dengan rempah perapan daging untuk disapukan pada permukaan daging semasa bbq.seeloknya guna serai yang ditumbuk hujungnya untuk sapukan minyak pada permukaan bbq daging

    pasti sedap!!

    Ni resepi no 2 amik dari myresepi.com.. complicated tapi baca mcm sodap jer:

    2kg ayam
    1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
    5 ulas bawang putih
    2 cm halia
    2 sudu besar serbuk cili
    1 sudu kecil serbuk kunyit
    2 batang serai
    1 sudu besar serbuk jintan manis
    1 sudu kecil serbuk jintan putih
    1 sudu kecil serbuk ketumbar
    1 sudu kecil garam
    1 cawan gula

    Cara-cara
    Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
    Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
    Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
    Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
    Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!



    ni pulak resepi sos nyer:

    Resipi “Barbeque Sauce”.
    Bahan-Bahan:


    1.   2 cawan sos tomato.
    2.   1/2 tsp air perahan lemon.
    3.   1 cawan gula merah (pastikan dicairkan dan ditapis).
    4.   1 tsp sos seasoning maggie.
    5.   2 tsp all spice (boleh didapati dalam botol keci di pasar raya).
    6.   1 tsp Paprika atau serbuk cili.
    7.   1 tsp sos Hot Spice atau sos cili pun boleh.
    8.   1/2 cup Gula Perang (brown sugar).
    9.   1 tsp Jintan Putih.
    10. 1 tsp lada sula (white pepper).


    Cara -Cara:
    Masukkan semua bahan tersebut di atas dalam periok steel dan masak dengan api sederhana(medium) selama 30 minit sehingga gula perang cair dan sebati.





    Tuesday, July 17, 2012

    Menu Bulan Ramadhan 2012....

    Hi All,

    Ramadhan semakin hampir lagi 2 hari jer lagi...so lepas ni I'll update menu untuk bersahur dan berbuka puasa...awalnyer lah diri ini dok planning mcm2 untuk menu sebulan bersahur dan berbuka...OK.. untuk sahur pertama awal pagi sabtu ni aku plan nak sediakan:

    1) Desert: Kurma


    2) Main course:

    Tenggiri Jeruk Goreng - ...pepagi lagi dah kena makan nasi so ni untuk pembuka selera

    Sayur Campur- ni my fav di tambah dengan button mushroom.. ermmm menyelerakan

    Telur dadar pedas- kena kasi pedaslah so kena dengan selera org utara..

    makan dengan nasi putih.. air pulak kena banyakkan ambil air kosong (ceewahh) selain minuman feveretku - Milo Ais (wah wah pepagi lagi dah pekena ais). Rasanya untuk berbuka kena update on daily basislah sbb I'm a working mom so foresure hanya sempat ke bazar ramadhan sj on weekday...maybe weekend jer boleh masak kot ( kot lah hahaha) Like this Saturday dah planning ramai2 nak berbuka di rumah mak....sj nak celebrate 1st Ramadhan...oklah nanti i'll update menu berbuka plak yer..




    Tuesday, June 26, 2012

    Mini Pavlova

    PAVLOVA

    * nak bentukkan jadi mini pavlova pun OK...

    Bahan-bahan ( 1 biji pavlova (6 org makan) )

    • 8 biji putih telur
    • 300g gula kastor
    • 4 sudu besar tepung jagung
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1/2 sudu kecil cuka makan
    • *******untuk topping*******
    • 250g whipping cream
    • 30g gula icing
    • 1/2 sudu kecil esen vanila
    • Buah-buahan seperti strawberry,passionfruit,kiwi,blueberry,pineapple dan sebagainya.

    Cara-cara

    1. Pastikan mangkuk anda bersih yer.Putar putih telur sampai keluar 'soft peak',tambah gula kastor sedikit demi sedikit dan putar sehingga keluar 'stiff peaks'.pastikan gula betul2 hancur.masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung.kacau semuanya.
    2. Lukiskan bulatan besar pada baking paper dan sudukan adunan ke dalamnya.Panaskan oven 180 degree celcius dan tukarkan ke 120 degree celcius sebaik sahaja ia dimasukkan ke dlm oven.bakar selama 1 jam dan sejukkan 30 minit.
    3. Untuk topping,putar whipping cream sehingga muncul soft peaks.Maniskannya dgn gula dan esen vanila.
    4. sudukan whipping cream keatas pavlova sehingga menutupi atasannya.Hias dengan buah-buahan.

    Saturday, March 31, 2012

    Red Velvet Cake

    RED VELVET CAKE
    source: myresipi.com



















    Bahan-bahan ( 1 biji )



    Kek (Sila guna penyukat khas) 
     
    2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)

    1 sudu kecil serbuk penaik diayak

    2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)

    2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
    1/2 cup butter
    1 1/2 cup gula
    2 biji telur pada suhu bilik
    1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
    1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
    1 sudu kecil cuka putih
    1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda


    Buttermilk

    1 cup (240 ml) susu kotak full cream sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon


    Cream cheese frosting
    2 buku cream cheese, dilembutkan
    1/2 cup butter dilembutkan
    1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
    2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup


    Cara-cara
     
    1.BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
    2.KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
    3.Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
    4.Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
    5.Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
    6.Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
    7.Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
    8.Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
    9.CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
    10.Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
    11.Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

    Saturday, October 1, 2011

    Bebola Daging




    Actually nak tahu cara buat bebola daging jer.. but this recipe siap ajar buat sos skali...


    Source: resepi.mesra.net
    Bahan-Bahan:

    Bahan-bahan sos:

    20 gm bawang merah 80 g bawang putih 20 g kunyit hidup 10 g lengkuas 100 g cili kering 80 g kerisik 2 sudu besar minyak ½ cawan santan pekat 1 sudu besar sos cili (yang telah dimasak) 1 sudu kecil air asam jawa



    500 gm daging
    100 g bawang merah 5 g serbuk lada putih 10 g serbuk lada hitam 20 g daun bawang 500 g serbuk roti 200 g tepung gandum 5 butir telur
    Cara:

    Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam.Setelah mesra dan sebati, uli perlahan-perlahan.


    Jemput sedikitsebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, golek-golekkan bebola daging dengan tepung gandum kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekalidengan serbuk roti. Goreng sehingga garing kekuningan. Sebelum menghidang, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya. Cara membuat sos pula, kisar semua bahan kecuali kerisik. Panaskanminyak dan tumis bahan-bahan tersebut hingga naik baunya. Masukkan santandan cili masak, kacau hingga mesra. Tuangkan kerisik dan sedikit air asam. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. 


    Resepi kat bawah ni paling simple and baca mcm sedap jer..

    Daging hancur (ayam/lembu/kambing/campuran) – 2kg
    Bawang putih – 12 ulas (3ulas/ ½ kg daging) 

    Udang Tepung ubi kayu
    Putih telur – 4 biji Garam (secukup rasa) Serbuk lada hitam (black pepper) - sekadar perlu Minyak bijan (sesame oil) -sekadar menghilangkan bau 



    Cara-cara:
    1) Kisar daging hancur bersama bawang putih dan udang sehingga lumat dan sebati

    2) Masukkan daging yang telah dikisar tadi ke dalam bekas/mangkuk besar
    3) Masukkan tepung ubi kayu ke dalam bekas berisi daging dan uli sehingga sebati.
    4) Masukkan putih telur,garam,serbuk lada hitam dan minyak bijan ke dalam bekas dan uli sekali lagi sehingga sebati.
    5) Tambah tepung ubi kayu jika adunan daging masih lagi ‘melekat-lekat’ di tangan.

    6) Panaskan air di dalam periuk
    7) ‘Gentel’ atau nama rasminya bentuk-bentukkan daging menjadi bebola-bebola kecil dan masukkannya ke dalam periuk yang berisi air panas tadi.
    8) Tunggu sehingga bebola daging ‘terapung’ sebelum di angkat (mcm ondeh-ondeh)
    9) Rendam bebola daging di dalam air sejuk selama 5-10 minit bagi tujuan pengerasan.
    source: helwa-lancs.blogspot

    Creamy Macaroni Cheese


    Souce: myresipi

    Goreng version - I Loike!!!


    Bahan-bahan ( 2 org )

    • Setengah biji bwg besar (potong dadu)
    • 2 biji bwg putih (tumbuk)
    • 2 tbsp tomato puree
    • 2 tbsp cili boh
    • sedikit daging cincang
    • 2 tbsp susu segar
    • 3 genggam macaroni
    • 2 keping keju cheddar(parut)
    • sedikit olive oil utk menumis
    • sedikit garam dan ajinomoto (optional)

    Cara-cara

    1. Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air
    2. tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh
    3. Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree
    4. masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak
    5. Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar
    6. bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto to taste

    Thursday, August 11, 2011

    Kuah Kacang Daging

    source:myresipi


    Kuah ni sesuai dimakan bersama ketupat sotong or ketupat or cucur udang or etc.


    Bahan-bahan ( )

    • 300 g daging
    • 200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
    • 5 sudu gula merah/ gula melaka
    • 2/3 cawan gula putih
    • garam
    • 1 cawan air asam jawa
    • ½ cawan santan pekat
    • Bahan-bahan tumis :-
    • 2 batang serai
    • 5 cm kulit kayu manis
    • 2 biji bunga lawang
    • 2 biji buah pelaga
    • ¼ cawan minyak masak
    • Bahan-bahan kisar :- (goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
    • 20 tangkai cili kering
    • 3 ulas bawang putih
    • 15 ulas bawang merah
    • 6 biji buah keras
    • 1 cm belacan
    • 1 sudu teh jintan manis
    • 1 sudu teh jintan putih
    • 1 sudu teh ketumbar

    Cara-cara

    1. Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
    2. Daging direbus sehingga lembut. Keluarkan daging dan potong dadu. Stok daging disimpan untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.
    3. Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi. Masukan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
    4. Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
    5. Masukkan air asam jawa dan stok daging. Masukkan daging yang telah dipotong tadi.
    6. Tambah gula merah, gula putih dan garam.Biar mendidih seketika
    7. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
    8. Siap untuk dihidang..