Bahan2:
Daging sekilo potong 1 inci
Carrot ikut rasa Bawang besar belah empat
5 biji ubi kentang {Di rebus dan di blend}
Sedikit daun bawang/sup
Bawang goreng Seketul sup bunjut Adabi
sedikit bunga cengkih dan lawang
2/3 batang kulit kayu manis
serbuk lada hitam atau lada putih
2 biji Bawang besar
4 biji bawang putih
3 inci halia
minyak untuk menumis
garam dan perasa
air suam
Note: bila nak masak nanti, saya nak modify sikit - daging di rebus bersama daun pandan so bau dia wangi sikit then nak tambah 4 sudu rempah sup. Untuk memekatkan lagi kuah tu ubi kentang boleh juga di tukar dengan 3 sudu tepung dhal yang di larut bersama air- ni ikut ler citarasa masing2...
Cara-Cara:
- Blend bawang besar, putih,halia dan sup bunjut..
- Kemudian tumis bunga cenkih, lawang, kulit kayu manis serta bahan blend.
- Kemudian masukkan air suam dan ubi kentang yang di blend tadi.
- Didihkan sebetar masukkan daging dan carrot biar empuk tambah garam perasa dan lada hitam atau putih...
- Sendukkan ke dalam mangkuk taburkan dengan daun sup,bawang,bawang goreng...
No comments:
Post a Comment