Popular Posts

Thursday, February 11, 2010

Sup Tulang


Bahan2
  1. 500g tulang lembu  
  2. 1 sup bunjut adabi
  3. 2 kiub ayam
  4. 2 1/2 liter air.
  5. 3-4 ulas bawang putih
  6. 1 cm halia
  7. sedikit minyak masak untuk menumis
  8. daun sup/ daun bawang
  9. bawang goreng
  10. cili padi 
  11. limau nipis
  12. 2 ketul ubi kentang
  13. 1/2 batang lobak merah
 Cara-Caranya:

  1. Mula-mula cucilah tulang lembu sehingga bersih.
  2. Bawang putih yang telah di bersihkan, diketuk dengan pisau. Then cincang biar halus.
  3. Hiris pula halia nipis-nipis. (or boleh tumbuk halia + bawang putih)
  4. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning
  5. Then, masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. 
  6. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. Masukkan pula sedikit gula dan garam secukup rasa (ikut selera masing2)
  7.  Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi or perah limau sket..

No comments:

Post a Comment