Popular Posts

Thursday, February 11, 2010

Sup Daging Mamak Penang


Bahan2:

Daging sekilo potong 1 inci
Carrot ikut rasa
Bawang besar belah empat
5 biji ubi kentang {Di rebus dan di blend}
Sedikit daun bawang/sup
Bawang goreng
Seketul sup bunjut Adabi
sedikit bunga cengkih dan lawang
2/3 batang kulit kayu manis
serbuk lada hitam atau lada putih
2 biji Bawang besar
4 biji bawang putih
3 inci halia
minyak untuk menumis
garam dan perasa
air suam


Note: bila nak masak nanti, saya nak modify sikit - daging di rebus bersama daun pandan so bau dia wangi sikit then nak tambah 4 sudu rempah sup. Untuk memekatkan lagi kuah tu ubi kentang boleh juga di tukar dengan  3 sudu tepung dhal yang di larut bersama air- ni ikut ler citarasa masing2...

Cara-Cara:

  1. Blend bawang besar, putih,halia dan sup bunjut..
  2. Kemudian tumis bunga cenkih, lawang, kulit kayu manis serta bahan blend. 
  3. Kemudian masukkan air suam dan ubi kentang yang di blend tadi.
  4. Didihkan sebetar masukkan daging dan carrot biar empuk tambah garam perasa dan lada hitam atau putih...
  5. Sendukkan ke dalam mangkuk taburkan dengan daun sup,bawang,bawang goreng...

Sup Tulang


Bahan2
  1. 500g tulang lembu  
  2. 1 sup bunjut adabi
  3. 2 kiub ayam
  4. 2 1/2 liter air.
  5. 3-4 ulas bawang putih
  6. 1 cm halia
  7. sedikit minyak masak untuk menumis
  8. daun sup/ daun bawang
  9. bawang goreng
  10. cili padi 
  11. limau nipis
  12. 2 ketul ubi kentang
  13. 1/2 batang lobak merah
 Cara-Caranya:

  1. Mula-mula cucilah tulang lembu sehingga bersih.
  2. Bawang putih yang telah di bersihkan, diketuk dengan pisau. Then cincang biar halus.
  3. Hiris pula halia nipis-nipis. (or boleh tumbuk halia + bawang putih)
  4. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning
  5. Then, masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. 
  6. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. Masukkan pula sedikit gula dan garam secukup rasa (ikut selera masing2)
  7.  Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi or perah limau sket..