Actually nak tahu cara buat bebola daging jer.. but this recipe siap ajar buat sos skali...
Source: resepi.mesra.net
Bahan-Bahan: | |
Bahan-bahan sos:
20 gm bawang merah 80 g bawang putih 20 g kunyit hidup 10 g lengkuas 100 g cili kering 80 g kerisik 2 sudu besar minyak ½ cawan santan pekat 1 sudu besar sos cili (yang telah dimasak) 1 sudu kecil air asam jawa
|
500 gm daging
100 g bawang merah 5 g serbuk lada putih 10 g serbuk lada hitam 20 g daun bawang 500 g serbuk roti 200 g tepung gandum 5 butir telur
|
Cara:
| |
Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam.Setelah mesra dan sebati, uli perlahan-perlahan.
Jemput sedikitsebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, golek-golekkan bebola daging dengan tepung gandum kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekalidengan serbuk roti. Goreng sehingga garing kekuningan. Sebelum menghidang, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya. Cara membuat sos pula, kisar semua bahan kecuali kerisik. Panaskanminyak dan tumis bahan-bahan tersebut hingga naik baunya. Masukkan santandan cili masak, kacau hingga mesra. Tuangkan kerisik dan sedikit air asam. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
Resepi kat bawah ni paling simple and baca mcm sedap jer.. |
Daging hancur (ayam/lembu/kambing/campuran) – 2kg
Bawang putih – 12 ulas (3ulas/ ½ kg daging)
Udang Tepung ubi kayu
Putih telur – 4 biji Garam (secukup rasa) Serbuk lada hitam (black pepper) - sekadar perlu Minyak bijan (sesame oil) -sekadar menghilangkan bau
Cara-cara:
1) Kisar daging hancur bersama bawang putih dan udang sehingga lumat dan sebati
2) Masukkan daging yang telah dikisar tadi ke dalam bekas/mangkuk besar
3) Masukkan tepung ubi kayu ke dalam bekas berisi daging dan uli sehingga sebati.
4) Masukkan putih telur,garam,serbuk lada hitam dan minyak bijan ke dalam bekas dan uli sekali lagi sehingga sebati.
5) Tambah tepung ubi kayu jika adunan daging masih lagi ‘melekat-lekat’ di tangan.
6) Panaskan air di dalam periuk
7) ‘Gentel’ atau nama rasminya bentuk-bentukkan daging menjadi bebola-bebola kecil dan masukkannya ke dalam periuk yang berisi air panas tadi.
8) Tunggu sehingga bebola daging ‘terapung’ sebelum di angkat (mcm ondeh-ondeh)
9) Rendam bebola daging di dalam air sejuk selama 5-10 minit bagi tujuan pengerasan.
source: helwa-lancs.blogspot |