Assalam....woooihh dh bersawang2 ha laman nih.. kunun nak update on daily basis.. hampeh x sempat nyer bz tahap gaban.....he he... raya tahun nih hubby balik malam raya..BEST!!!!
Jgn terkejut if i said dia dh plan 1st day raya lepas solat raya and everything terus nak jalankan project BBQ he he (buang tabiat tahun ni balik raya rumah mak hari ke-3)...so apa lagi.. kita download lah resepi bbq yg bakal sy try nanti (actually weekend ni nk buat trial dulu he he)
resepi pertama ni mcm senang sket...tapi terlupa google tadi amik kat mana ntah...minta halal yer tuan rumah...
Bahan-bahan nya adalah:
1. Ayam, daging, ikan or ape2 jalah yg korang
mau.
2. Serbuk kari ayam@daging
3. Garam halus
4. Minyak masak
5. Serbuk jintan putih
6. Serbuk lada hitam
7. Bawang merah dikisar.
campor semua bahan2 diatas keatas daging pastu
gaulkan sehingga sebati.
untuk menyedapkan lagi, masak stim selama
beberapa minit sehingga separuh masak.
kemudian perapkan selama 1 malam di dalam peti
ais.
semasa membakar, jangan selalu membalikkan
daging.ini menyebabkan daging melekat dan hancur.gunakan minyak masak dicampor
sedikit dengan rempah perapan daging untuk disapukan pada permukaan daging
semasa bbq.seeloknya guna serai yang ditumbuk hujungnya untuk sapukan minyak
pada permukaan bbq daging
pasti sedap!!
Ni resepi no 2 amik dari myresepi.com.. complicated tapi baca mcm sodap jer:
2kg ayam
1 biji bawang besar
(kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk
kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk
jintan manis
1 sudu kecil serbuk
jintan putih
1 sudu kecil serbuk
ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula
Cara-cara
Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut
besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan
tos ayam tersebut.
Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan
dengan ayam.
Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi
lama perap lagi sedap!)
Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat
Mencuba!
ni pulak resepi sos nyer:
Resipi
“Barbeque Sauce”.
Bahan-Bahan:
1.
2 cawan sos tomato.
2. 1/2 tsp air perahan
lemon.
3. 1 cawan gula merah
(pastikan dicairkan dan ditapis).
4. 1 tsp sos seasoning
maggie.
5. 2 tsp all spice
(boleh didapati dalam botol keci di pasar raya).
6. 1 tsp Paprika atau
serbuk cili.
7. 1 tsp sos Hot Spice
atau sos cili pun boleh.
8. 1/2 cup Gula Perang
(brown sugar).
9. 1 tsp Jintan Putih.
10. 1 tsp lada sula (white
pepper).
Cara
-Cara:
Masukkan semua bahan tersebut
di atas dalam periok steel dan masak dengan api sederhana(medium) selama 30
minit sehingga gula perang cair dan sebati.